|
|
|||||||
|
|
|||||||
|
Laman Utama | Rawatan Homeopathy | Pengenalan | Galeri Foto | Contact |
|||||||
Jika Anda punya penyakit yang tak kunjung sembuh, pengobatan alternatif terapi yang didasarkan pada ilmu Al-Qur'an dan pengobatan Islami ini sudah terbukti mampu menyembuhkan dengan izin Allah SWT.
Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Ayat 82 Surah Al-Israa’. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran.
Perubatan Homeopathy Yang Berkualiti Untuk Keperluan Kesihatan Anda
Homeopathy mempunyai skop yang cukup luas untuk rawatan kepada pesakit dan adalah jauh lebih selamat dari panadol, antihistamine, antibiotik dan lain-lain `drug ' atau dadah. Amatlah perlu bagi kita mencari alternatif yang selamat dan berkesan untuk merawat masaalah kesihatan.
Penawar Homeopathy digunakan untuk menguatkan tenaga hayat supaya dapat melawan penyakit. Dalam sistem Perubatan Homeopathy, tumpuan diberi kepada pengembalian keseimbangan vital force dan mengembalikannya kepada kekuatan yang optimum. Homeopathy menjangkau jauh sehingga kepada alam rohaniah organisme di dalam rawatan sebarang keadaan sakit atau penyakit.
Sistem Perubatan Islam Homeopathy berlandaskan Al-Quran dan Perubatan Nabi SAW. Kaedah penyembuhan penyakit adalah dengan memberi penawar kepada pesakit bagi menggerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit itu sendiri. Perubatan Homeopathy merupakan satu alternatif bagi menyembuhkan pesakit. Homeopathy memandang penyakit dan simptom sebagai suatu yang dinamik. Dengan itu Homeopathy sebenarnya mengubat pesakit dan bukannya penyakit.
Perkara yang paling indah, Homeopathy memberikan kebebasan pemikiran dan pendekatan didalam mengecam undang-undang semulajadi. Homeopathy merupakan satu pendekatan yang relevan terutama dalam era teknologi moden. Sistem perubatan Homeopathy diiktiraf sebagai salah satu kaedah perubatan moden di seluruh dunia dan mempunyai kedudukan yang sama dengan perubatan lain seperti Allopathy, Aromatherapy dan Physiotherapy (yang diamalkan di hospital-hospital & klinik di negara kita hari ini).
Perlu diingat bahawa perubatan Homeopathy ini bukan perubatan tradisional (bukan perubatan herba) atau perubatan moden yang lain.
Vital force, sebagaimana yang diistilahkan sebagai Bio-Energy merupakan kuasa hayat yang menjadi intipati kepada organisme hidup. Ia berkait rapat dengan keseluruhan insan, berhubungan dengan minda, jasad dan roh di samping terdapatnya kuasa penyembuhan dalaman tubuh.
HOMEOPATHIC TREATMENT SAFE AND EFFECTIVE, NO KNOWN SIDE-EFFECTS
Your Health Is Our Concern, Homeopathy Nature’s Medicine, Our Aim Is To Cure And Prevent Diseases, Homeopathy Treats Mind And Body As A Whole, Homeopathy Stimulates Vital Force, Homeo Remedies Safe And Non-Toxic, Sound Mind Gives Sound Health. ___________________________________________________________________________________________
|
|||||||
|
Pusat rawatan Tabib Mohsin menawarkan perubatan:
Untuk temujanji sila hubungi (Klik di sini) |
|
||||||
|
___________________________________________________________________________________________
Doa melindungi diri dan kehidupan sejahtera
|
|||||||
| Guests |
Copyright © 2007 Tabib DR Syed Mohsin Barakbah. All Rights Reserved |
||||||
|